Manusia
Lain sikit tutur katanya,
Dianggap tidak sebangsa.
Lain sikit gayanya,
Dianggap tidak serupa.
Lahir di sana,
Dilayan hina.
Lahir di sini,
Dilayan tinggi.
Siapa kita utk merendahkan dan meninggikan mereka,
Sedangkan 'akar' kita sama.
Siapa kita utk menghina,
Sedangkan ilmu di dada pun belum cukup sempurna.
Siapa kita utk mencerca,
Sedangkan kita semuanya hamba.
Sedarlah,
Perbezaan bukan alat utk menjatuhkan.
Tetapi,
Perbezaan membuka ruang pemikiran.
Agar,
Manusia tetap kekal di landasan.
25 Julai 2016
ABC 345