Friday, 8 May 2015

Penglihatan bayi

Fuhh! Lega rasanya dah sampai rumah. Lagi lagi dapat melabuhkan punggung kat atas sofa yg lembut ni setelah penat mengisi perut. Mengisi perut pon penat. Pelik sungguh manusia. 

Movie malam ni bole tahan best. The fault in our stars kot. Aku penah nak try baca novel ni dulu. Tapi tak larat nak habiskan . So aku nak cube fahamkan cite dia. Fokus aku lain macam sikit malam nih . Jadi, Danial terpaksa bermain mainan kereta sorg2 . Tidak lama selepas itu, Danial mengeluarkan kata2 yang berjaya menarik perhatian aku. 

"Pakcik , Upin Ipin takut nenek. Ehsan takut nenek." Danial menggunakan nada risau.

Pada waktu itu, aku dapat merasakan sesuatu yang pelik. Dalam cite upin ipin, upin ipin panggil 'opah' dan bukannya 'nenek' sebagaimana yg Danial sebutkan tadi. Kalau tak silap, mana ada watak 'nenek' dalam upin ipin. Dan mmg kebiasaannya Danial sebut opah. Tapi bukan kali ni. 

"Ye ? Kenapa upin ipin takut nenek?" Aku bertanya dengan bersahaja . Malangnya , Danial lagi 'bersahaja' daripada aku dan buat tak endah je soalan aku. 

"Tu nenek , pakcik !" Danial memecahkan kesunyian sambil menuding jari ke arah ruang makan yang ternyata tiada orang.

Kecut perut aku ! Terkeluar jugak kata2 yang memang sudah aku jangkakan. Aku dah mula tak sedap duduk.

"Jom tido jom!" Paksa aku . Dengan sepantas kilat aku mendukung dan membawa Danial ke biliknya.

Beberapa hari selepas kejadian, aku baru dpt tahu yang watak 'nenek kebayan' memang ada dalam Upin Ipin. Perkara yg berlegar di fikiran aku adalah tudingan jari Danial ke arah ruang makan tempoh hari. Ahh, lupakan! Lupakan !


No comments:

Post a Comment