Mereka gembira,
Umpama satu dunia kepunyaannya,
Mereka hiba,
Bagai kehilangan si bonda,
Mereka keliru,
Mengaku, tanpa segan silu,
Mereka 'murka',
Mengatasi tulah si raja,
Mereka senyum,
Mengalahkan keindahan bunga sekuntum,
Tanpa mereka,
Umpama tiada madu bagi sang lebah,
Tanpa mereka,
Tiadalah 'qurratu ain' kpd si bapa,
Tanpa mereka,
Binasalah dunia,
Kerana mereka,
Penentu ummah masa depan kita.
No comments:
Post a Comment