Sunday, 31 July 2016

Ironik

Disangka tiada perasaan,
Dituduh tiada emosi,
Difitnah itu ini.

Hidup,
Memang gampang sekali kita mencaci,
Memaki,
Mengeji.

Mudah sekali kita berbicara,
Mencerca,
Menghina.

Dapat diluah isi hati?
Selesai semua masalah?

Bagaimana pula si mangsa ? 
Tidak pula kita mengambil kira.

Kerana terlalu pentingkan diri sendiri,
Umpama kepunyaan kita, segala isi bumi.

Ironi sungguh ! 
Konon memaki mereka yg menghina agama,
Sedang kita sendiri mencerca sesama kita,

Konon mempertahankan bangsa,
Sedang baru seminit yg lalu kita mengutuk sesama kita.

Sedarlah manusia !

2 comments: