Friday, 24 April 2015

Sang Perhati

Aku sering perhati gelagat 'hamba',
Gelak tawa mereka,
Tangisan mereka,
Senyuman mereka.

Mereka panggil aku gila,
Mereka gelar aku 'stalker'.

Namun,
Aku tetap perhati,
Kerana gelak tawa mereka,
Membuatkan aku rasa selesa,
Berdampingan dengan mereka.

Tangisan mereka,
Membuatkan aku kasihankan mereka,
Lantas egoku lenyap serta merta.

Senyuman mereka,
Membuatkan aku rasa bahagia,
Umpama dunia aku yg punya.

Maafkan aku ,
Kerana hanya mampu memerhati,
Tanpa mendekati,
Atau menghampiri,
Di kala kau menanti.

25 Mac 2015 | 11.52 malam

No comments:

Post a Comment