Sunday, 22 February 2015

Mainan tidur.

Assalamualaikum.

"Kalau org buat jahat kat kita. Kita biarkan. Xbermakna kita lemah. Tapi kita berfikir akan implikasinya sekiranya kita balas. Org tu xkan hidup dgn tenang. Tapi kita InsyaAllah tenang."

Tulah lebih kurg ape yg Ami(nenek aku ^^) selalu sebut. Beliau (aku hormat sgt kat die sbb tu gune beliau huhu) sgt bersangka baik kat org. Peramah dan mudah didekati. Tegas semestinya ada dalam mendidik. Dalam masa yg sama beliau seorang yg penyayang.

Tapi bukan nak crite pasal Ami kali ni. Nak kongsi sikit pasal mimpi aku malam tadi (woo..ckup mnyeramkan? Ok tidak. Haha) . Jeng jeng jeng ~

Sewaktu aku berjalan di sebuah perkampungan kecil, aku terlihat seorg remaja lelaki miskin (lepasan spm mungkin) yg sdg duduk di bahu jalan sambil mengira helaian demi helaian duit kertas Rm 1 dan mengasingkannya di tepi . Dia mengira lagi duit yg lain . Aku menghampirinya . Suasana ketika itu sunyi . Aku juga tidak dpt mendengar ape2 suara termasuk suara remaja itu. Seolah olah bunyi tidak pernah wujud. Aku hanya dpt melihat mulutnya yg terkumat kamit sprti ade sesuatu yg ingin diberitahu.

Tidak lama selepas itu , ada sekumpulan lelaki (2 3 org) mendekati kami . Salah seorg drpd mereka  secara kasarnya merampas kesemua duit yg dipegang oleh remaja lelaki tersebut lantas mereka melarikan diri. Sewaktu aku ingin memulakan langkah utk mengejar mereka, remaja tersebut menarik bahagian kaki seluarku(pening bukan? Haha). Dia menghalang aku drpd berbuat demikian mungkin. Serta merta dia menunjukkan riak wajah yg seolah olah dia redha dgn kejadian sebentar tadi. Ekspresi mukanya seolah olah ingin mengatakan kpdku "biarkan mereka. Mungkin mereka lebih memerlukan duit itu. Duit yg berbaki ni pon masih mencukupi utk menyara hidup aku malah lebih . Mungkin bukan rezeki aku." Hebat aku teka. Sangat hebat. Aku dgn berat hatinya membiarkan si pencuri itu melarikan diri.

Aku terjaga dari mimpi.

Apa yg dpt aku konklusikan setelah mendengar kata2 Ami dan sedari aku dari mimpi tadi ialah :-

1. Kita jgn pernah berdendam dgn org. Walau sejahat mane pon org tu pernah buat kat kita (kita relax . Dorg yg hidup dalam keresahan ^^)
2. Bersangka baik dgn org lain (mungkin mereka ini, mungkin mereka itu, dsb)
3. Berfikir sebelum bertindak. Cuba utk melawan diri drpd ikutkan nafsu dan kemarahan. Ia tidak menyelesaikan masalah tapi ia menambahkan masalah. (Peace ^^)
4. Yakinlah bahawa pembalasan Allah itu pasti . Pembalasan baik utk si baik yg btol2 ikhlas. Pembalasan jahat utk si jahat (yg btol2 ikhlas? Hoho)

*footnote: mimpi tu mungkin ade tokok tambah sikit. Tapi yg pentingnya lesson dia kan ? ^^ jgn lupe pengajaran tu haa :D

Arigatou gozaimasu !! [^_^]v

No comments:

Post a Comment