Roh dan jasad. Setibanya waktu mereka terpisah, tiada seorg hamba pon yg mampu menangguhkannya.
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
Di sinilah tempat kediaman Tok Guru Haji Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat , seorang ulama dan ahli politik yang terkemuka.Sebagai seorang yg berjawatan Menteri Besar, semestinya kita membayangkan rumah beliau mewah serta mempunyai pengawal bagi menjaga keselamatan beliau. Namun, ia sebaliknya.
Ditakdirkan Tuhan aku memperoleh kesempatan utk pergi ke Kampung Pulau Melaka bersama sama ahli keluarga aku (ibu org kota bharu, jd dia tahu selok belok jalan ke sini.)utk melihat rumah Tok Guru beberapa tahun yg lepas. Pada awalnya, aku kehairanan kerana tiada rumah2 mewah di perkampungan ni. Lantas aku bertanya kpd ibu. Kemudian ibu menuding jarinya ke arah sebuah rumah kampung yg tiada bezanya dgn rumah2 di sekeliling. Aku seolah olah terpaku melihat rumah beliau. Tidak disangka sangkakan, rumah seorang Menteri Besar sama seperti rumah rakyat2 yg berhampiran. Timbul rasa kagum dalam diri aku. Setelah mengambil gambil gmbr kenangan di hadapan rumah beliau, aku pon pulg.
Kira-kira jam 10.10 malam. 12 februari 2015.
Sewaktu aku asyik berehat di bilik selepas makan, satu mesej masuk ke dalam 'handset' aku. Berita Harian rupanya. Aku dgn tenangnya membuka mesej Berita Harian yg aku langgan dan tertera di situ:- "Mursyidul Am PAS , Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka , Kota Bharu kira2 jam 9.45 malam tadi" .
Perasaan hiba dan sayu tiba2 menyelubungi diri. Malah perasaan takut turut muncul . Aku sendiri hairan mengapa wujudnya perasaan tu. Aku hanya kenal beliau sbgi seorg MB dan ulama dan ade dgr sedikit kisah2 beliau dri mulut org. Tidak lebih dri itu, bersemuka pon tidak. Tetapi mengapa timbul kehibaan, kesayuan serta kerisauan ? Tuhan yg tahu.
Semoga Allah menempatkan beliau bersama dgn org2 yg beriman dan beramal soleh. Amiin . Alfatihah.
*semoga Allah menempatkan pengulas sukan negara,Datuk Hasbullah Awang bersama2 dgn org yg beriman dan beramal soleh juga. Alfatihah
No comments:
Post a Comment